Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yg indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagilah makanan kepada mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah anak kecil untuk menyisirnya dengan jemari pada setiap hari. Untuk membentuk sikap tubuh yang indah, berjalnlah dengan segala ilmu pngetahuan dan anda tidak akan pernah berjalan sendiri.

Manusia yang melebihi makhluk ciptan Allah yg lain. Ia perlu sentiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi jangan pernah kecilkan seseorang di hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah sentiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan ada tangan yang menghulur. Dan dengan bertambhnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri kerana telah diberi 2 tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk orang lain..

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang sexy, bukan pada bentuk tubuh atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terletak pada mata, cara dia memandang dunia. Kerana di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta akan dapat berkembang.

Kecantikan wanita juga bukan pada kehalusan raut wajahnya. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang penuh dengan kasih sayang, memberikan perhatian dan cinta yang diberikan. Dan sebagai seorang wanita, kita tidak harus membanggakan kecantikan yang kita miliki..

renungkan lah…..